Maafkan aku andainya aku melukakan hatimu,
Andainya keputusanku menyepikan diriku daripadamu menyakitkanmu,
Andainya kediamanku menimbulkan persoalan di hatimu,
Tetapi,
Percayalah,
Ini bukanlah ku lakukan dengan kerelaan,
Hati ini sayu mengenangkanmu,
Rindu ini tidak mampu ku bendung lagi,
Namun,
Jalan inilah yang terbaik buat semua insan di sekelilingku,
Cinta tidak semestinya memiliki,
Cukuplah melihat insan yang dicintai itu bahagia,
Ku doakan kebahagiaanmu di sana,
Kau bisa mendapatkan insan yang lebih baik daripadaku,
Yang lebih layak bersamamu,
Yang pastinya insan itu bukanlah aku,
Itulah hakikatnya,
Walaupun pahit,
Kita harus menelannya,
Kerana akan ada manisnya di kemudian hari.
Bukan membelakangkanmu dalam membuat keputusan,
Tetapi aku harus memilih antara dua,
Antara cintaku terhadapmu,
Atau kasih dan sayangku terhadap keluargaku.
Pastinya ku pilih keluarga,
Kerana aku lebih lama berada di samping mereka,
Bukan kerana aku tidak menyayangimu,
Tetapi mereka lebih memerlukanku,
Kerana tugasku sebagai seorang anak masih belum selesai,
Seribu kemaafan ku pinta daripadamu,
Atas segala tingkahku yang melukaimu,
Sikapku yang mengusik jiwamu,
Kata-kataku yang mengganggu emosimu.
Maaf ku pinta,
Doa sentiasa ku titipkan buatmu,
Semoga kau bahagia di sana,
Dan bisa melupakanku~~
Pastinya ku pilih keluarga,
Kerana aku lebih lama berada di samping mereka,
Bukan kerana aku tidak menyayangimu,
Tetapi mereka lebih memerlukanku,
Kerana tugasku sebagai seorang anak masih belum selesai,
Seribu kemaafan ku pinta daripadamu,
Atas segala tingkahku yang melukaimu,
Sikapku yang mengusik jiwamu,
Kata-kataku yang mengganggu emosimu.
Maaf ku pinta,
Doa sentiasa ku titipkan buatmu,
Semoga kau bahagia di sana,
Dan bisa melupakanku~~
dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan


No comments:
Post a Comment