Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday, May 20, 2011

Aseana SPORT'S DAY, NURSES' DAY and HARI BELIA~~ ^_^


Assalamualaikum~~
Suddenly, i have a mood to update this blog..
Mungkin, rajin dah datang, hehehehe..
Aseana Sports Day (10 MAY 2011)
Ok, post yang ni about Aseana Sports day~~ 
hehehehehe...
Semua masih segar bugar lagi muka, baru smpi d kompleks sukan Likas
Awal-awal pagi lagi sudah Snap gambar, hahahahaha!!!!

 hmmm, ni tyme tgk match badminton~~
Hehehehehe, players Determiners boleh tahan la..
X la kalah awal-awal.. 
Good!!
Orang sibuk main badminton, kami sibuk ambil gambar.. :p
 me with Hanisah~~
Ni orang beaufort gak ni..
Salah seorang pemain badminton tuk kelas Determiners~~ :)
Ni memang muka gila bgambar ni...
Orang busy mau bsukan, kami jalan2 cari port tuk bgambar..
hehehehehe..
 Walaupun kami sibuk snap sana, snap sini, tapi kami tetap sokong kami punya ahli2 kelas yang terlibat dalam sukan tu~~ Sakit juga la tekak kami berteriak bagi sokongan.. hehehehehe.. :D
Candid!!!!

hmmm~~ Jalan2 d taman wif  Shahram :)

candid member-member class Accomplisher!! hehehehe..
Memang penat sangat la time hari sukan tu.. Balik pun maybe jam 6 macam tu.. penat-penat pun, tetap BEST  tau!!!! hahahahaha.. Will keep it as my sweet memories~~ ^_^

NURSES DAY (12 MAY 2011)
Pada minggu yang sama ngan hari sukan aseana tu, ada pula sambutan nurses' day.. huhhuhu...penat tau~~ teda rehat kami time tu, especially yang terlibat ngan aktiviti-aktiviti dalam hari sukan n nurses day tu..
 INCLUDING ME la tu!!!!
Memang teda rehat tau time tu~~ And i surrender!!!! x sanggup rasanya berpenat macam tu lagi~~
huhuhuhu... :( Uwwwwaaaa~~
Tapi~~ penaT-penat macam tu pun, tetap best tau..
1st time ni sambut nurses' day..
Teruja sikit la~~ :D 
Ni la pics kami time hari bersejarah tu~~
Ni muka-muka kesukaan after menyanyi!!!
At first, kami ada assembly.. After our C.E.O officiated the celebration, kami pun ber'happy2' ngan kawan-kawan.. Paling meriah time nyanyi lagu 1 Malaysia n Lagu Aseana~~
Hmmm.. Sangat-sangat meriah..
Sampai ada yang melompat-lompat lagi..
And all the lecturers time tu pun sporting jaaa~~ 
hehehehe..
I Like!!!
Take pictures tu memang confirm x boleh tinggal..
Apa-apa ja event, mmg akan ada yang snap pics~~




wIF our Class Coordinator a.k.a MUMMY KAMI!! :)
DI sepit di antara BAS ASEANA yang besar dan merah menyala~~ hehehehe...ngan cheche ni!! :)
Dengan bangganya ber'posing' dengan bas Aseana~~ hmmm..
Efey~ Efey~



Well, gambar last ni actually gambar after the celebration..Petang sudah ni.. Hampir semua student balik hostel dah, hanya tinggal sekerat ja lagi yang masih ada di kolej.. Kami-kami ni baru habis kemas gerai n time gmbar ni di ambil, kami tgh tunggu bas tuk balik p hostel.. Overall, sEperti biasa la, BEST!!! hehehehehe... Ada studets yang balik awal time tu, and sadly to say, nama dorang kna ambil oleh Director Of Nursing kami, Madam Helen ChiaNG~~ Cian kaaannn~~ 








HARI BELIA (15 MAY 2011)
Naaahhhhh, ni kali laaa~~~
Xda rehat la ni minggu~~
nasib la ada juga cuti ari jumaat tu...
hehehehehe...
Hari Belia ni Kami wakil kolej p Hari Belia d Kompleks Sukan Likas~~
Ramai gak la orang time tu~~ Artis undanga time tu, Semua artis Sabah~~
Stacy, Adam N Adira~~
As Usual, photos were captured!!!
Sebab, I like to capture anything that happen  in my life~~ hehehehe..
*suka b'gambar* ^_^
Tp, not as much as usual la pix kali ni~~
Coz don't have much time..


Tgk la betapa happening nya time tu~~
Pakai uniform pun, tetap mcm orang yg x pki uniform~~
hehehehehe..



Gambar-gambar aku ni diambil oleh FYEZIRA SONETA PAULUS~~
kawan aku yang sangat-sangat suka bergambar~~
Hehehehehe..
Actually, it's nice to join the activities yang dianjurkan oleh kolej ni..
Tapi, penat tu x pyh cakapla..
Confirm badan x cukup rehat, hehehehe..
After Hari belia tu, my friends keep talking abt this event at dorm..
And certain ppl pun ada la yang menyampah dengar cerita-cerita tu..
Why is it? Normal la tu klu org asyik cerita benda yang baru ja terjadi..
Especially klu benda tu sgt2 membuat dia teruja~~
 Well, penat sudah ni~~
Panjang sgt sudah post tuk kali ni!!! 
hahahahahaha..
Macam terlebih rajin pula~~
Yang pastinya, minggu tu memang memenatkan~~ badan penat, otak pun sama!!
Tapi, tetap tidak akan dilupakan~~ hehehe..
Okey, Stop here.
Macam over pula post kali ni~~ hehehehe.. :)
Alaaaa, bukannya slalu pun kaaaannnn..
hehehehe.. okey laa, salam~~
bye people...

Monday, May 2, 2011

J.I.W.A.N.G.S.S.S!!!!!!

This story is a story about a girl~~ not my story, but someone else yang wujud dan dikenali..Nama biarlah rahsia, tetapi tidak salah untuk saya mem'post'nya~~ hehehehe... 
*Just want to share, not a real story pun sbnrnya.. heheheehehe.. :)
Enjoy it! 

 Aisya, mungkin ramai yang akan membayangkan wajahnya secantik namanya, namun itu bukanlah hakikatnya. Aisya hanyalah seorang gadis yang sederhana tetapi begitu lemah lembut, begitu sopan, dan ayu. Teman lelakinya, Helmi merupakan seorang yang begitu mesra dan pandai mengambil hati. Sepanjang perhubungan mereka, Aisya tidak pernah menunjukkan perasaan cemburu dan marah. Sakit hatinya hanya dipendamkan, marahnya hanya dibiarkan di dalam hati dan rajuknya biarlah berlalu pergi. Aisya tidak pernah meminta untuk Helmi memujuknya kerana baginya, dirinya tidak layak dipujuk. Jika Helmi berbuat salah, tidak langsung Aisya meluahkan kemarahannya, kerana di hatinya berkata, dia tidak layak untuk memarahi Helmi. Begitu rendah dirikah Aisya sehingga beranggapan begitu? Ataupun begitu 'tinggi'kah Helmi hingga mampu membuatkan Aisya berfikiran serendah itu?? Walaupun jelas di depan mata Aisya bahawa Helmi tidak mempedulikannya, Aisya tetap tidak ambil hati akan sikap Helmi itu. 'Don't worry, Helmi. Saya bukanlah jenis yang mengongkong dan mudah cemburu, buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka asalkan kamu tidak melupakan saya,' kata-kata Aisya lembut dinyatakan kepada Helmi. Tetapi itukah yang ada di hati Aisya? Benarkah langsung tiada rasa cemburu di hati Aisya apabila melihat Helmi bersama dan bergurau dengan perempuan lain? Sedangkan apabila dengan Aisya, hendak berbual pun begitu payah. Jujurkah Aisya apabila menuturkan kata-kata itu ataupun Aisya mengatakan kata-kata itu hanyalah untuk menyenangkan hati Helmi? Sebenarnya, apa yang ada di hati Aisya amatlah susah untuk difahami. Setiap kali melihat Helmi dengan perempuan lain, terutamanya perempuan yang pernah mempunyai kaitan dengan Helmi, semestinya perasaan cemburu itu hadir di dalam dirinya. Namun dia takut untuk meluahkannya, kerana takut Helmi menganggapnya seorang yang kuat cemburu dan girlfriend yang terlalu cemburu buta. Jika ternampak atau terlihat gambar Helmi dengan perempuan lain, pastilah rasa sakit hati itu ada. Namun tetap dipendamkan sendiri kerana baginya dia tidak cukup cantik untuk menyatakan rasa sakit hatinya itu memandangkan perempuan-perempuan yang bergambar bersama Helmi itu nampak lebih cantik di mata Helmi. Tambahan lagi, Helmi juga pernah menyatakan bahawa diri Aisya tidaklah secantik bekas teman wanitanya, tidaklah secantik kawan-kawannya yang sentiasa menghiburkannya. Apabila Helmi membuat kesalahan yang boleh menimbulkan kemarahan kepada dirinya,  Aisya tetap berdiam diri. Wahai Aisya, kenapakah engkau begitu? Aisya tidak berani untuk menyatakan rasa marahnya itu, Aisya takut kerana beranggapan Helmi akan meninggalkannya apabila meluahkan rasa marahnya itu terhadap Helmi. Aisya sudah berasa begitu bersyukur kerana Helmi sudi menjadikannya sebagai teman wanita walaupun Aisya tidak cantik, tidak berharta, tidak popular. 
* To me, Aisya ni seorang yang begitu rendah diri, terlalu sayangkan Helmi hingga takut untuk kehilangan Helmi. Namun, segala yang Aisya lakukan itu hanyalah menyeksa perasaannya sendiri. Tidak salah untuk menyayangi seseorang, tetapi janganlah hingga menyeksa hati dan perasaan sendiri. Berbaloikah semua itu? Terlalu menjaga hati orang lain sehingga kita sendiri yang terluka dan parah. Lelaki, ingatlah bahawa perempuan seperti Aisya mempunyai hati yang begitu rapuh tetapi dalam masa yang sama masih mampu bertahan. Terlalu cepat terluka tetapi masih tetap menyayangimu wahai lelaki bertuah, masih tidak mahu kehilanganmu sehingga sanggup mengetepikan hatinya sendiri asalkan dia tidak kehilanganmu. Hargailah wanita seperti Aisya kerana tidak ramai yang akan menyayangimu seperti golongan ini menyayangimu~~~

  • Fuhhhhh!!!! Lega!!! Berbaloikah saya mempost semua ini??hahahahaha...saja membuang masa.. ehehehehehe... ok then, till here.. Setelah begitu lama tidak mem'post' apa2, baru hari ni ada mood and masa mau post semua ni..Walaupun sebenarnya masa tu teda coz actually i'm busy with my studies..Tapi, if we just facing the books all the time, boleh jadi gila juga, kan??hehehehe.. Ok peeeppppssss, till then.. Bubbye~~