Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday, May 2, 2011

J.I.W.A.N.G.S.S.S!!!!!!

This story is a story about a girl~~ not my story, but someone else yang wujud dan dikenali..Nama biarlah rahsia, tetapi tidak salah untuk saya mem'post'nya~~ hehehehe... 
*Just want to share, not a real story pun sbnrnya.. heheheehehe.. :)
Enjoy it! 

 Aisya, mungkin ramai yang akan membayangkan wajahnya secantik namanya, namun itu bukanlah hakikatnya. Aisya hanyalah seorang gadis yang sederhana tetapi begitu lemah lembut, begitu sopan, dan ayu. Teman lelakinya, Helmi merupakan seorang yang begitu mesra dan pandai mengambil hati. Sepanjang perhubungan mereka, Aisya tidak pernah menunjukkan perasaan cemburu dan marah. Sakit hatinya hanya dipendamkan, marahnya hanya dibiarkan di dalam hati dan rajuknya biarlah berlalu pergi. Aisya tidak pernah meminta untuk Helmi memujuknya kerana baginya, dirinya tidak layak dipujuk. Jika Helmi berbuat salah, tidak langsung Aisya meluahkan kemarahannya, kerana di hatinya berkata, dia tidak layak untuk memarahi Helmi. Begitu rendah dirikah Aisya sehingga beranggapan begitu? Ataupun begitu 'tinggi'kah Helmi hingga mampu membuatkan Aisya berfikiran serendah itu?? Walaupun jelas di depan mata Aisya bahawa Helmi tidak mempedulikannya, Aisya tetap tidak ambil hati akan sikap Helmi itu. 'Don't worry, Helmi. Saya bukanlah jenis yang mengongkong dan mudah cemburu, buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka asalkan kamu tidak melupakan saya,' kata-kata Aisya lembut dinyatakan kepada Helmi. Tetapi itukah yang ada di hati Aisya? Benarkah langsung tiada rasa cemburu di hati Aisya apabila melihat Helmi bersama dan bergurau dengan perempuan lain? Sedangkan apabila dengan Aisya, hendak berbual pun begitu payah. Jujurkah Aisya apabila menuturkan kata-kata itu ataupun Aisya mengatakan kata-kata itu hanyalah untuk menyenangkan hati Helmi? Sebenarnya, apa yang ada di hati Aisya amatlah susah untuk difahami. Setiap kali melihat Helmi dengan perempuan lain, terutamanya perempuan yang pernah mempunyai kaitan dengan Helmi, semestinya perasaan cemburu itu hadir di dalam dirinya. Namun dia takut untuk meluahkannya, kerana takut Helmi menganggapnya seorang yang kuat cemburu dan girlfriend yang terlalu cemburu buta. Jika ternampak atau terlihat gambar Helmi dengan perempuan lain, pastilah rasa sakit hati itu ada. Namun tetap dipendamkan sendiri kerana baginya dia tidak cukup cantik untuk menyatakan rasa sakit hatinya itu memandangkan perempuan-perempuan yang bergambar bersama Helmi itu nampak lebih cantik di mata Helmi. Tambahan lagi, Helmi juga pernah menyatakan bahawa diri Aisya tidaklah secantik bekas teman wanitanya, tidaklah secantik kawan-kawannya yang sentiasa menghiburkannya. Apabila Helmi membuat kesalahan yang boleh menimbulkan kemarahan kepada dirinya,  Aisya tetap berdiam diri. Wahai Aisya, kenapakah engkau begitu? Aisya tidak berani untuk menyatakan rasa marahnya itu, Aisya takut kerana beranggapan Helmi akan meninggalkannya apabila meluahkan rasa marahnya itu terhadap Helmi. Aisya sudah berasa begitu bersyukur kerana Helmi sudi menjadikannya sebagai teman wanita walaupun Aisya tidak cantik, tidak berharta, tidak popular. 
* To me, Aisya ni seorang yang begitu rendah diri, terlalu sayangkan Helmi hingga takut untuk kehilangan Helmi. Namun, segala yang Aisya lakukan itu hanyalah menyeksa perasaannya sendiri. Tidak salah untuk menyayangi seseorang, tetapi janganlah hingga menyeksa hati dan perasaan sendiri. Berbaloikah semua itu? Terlalu menjaga hati orang lain sehingga kita sendiri yang terluka dan parah. Lelaki, ingatlah bahawa perempuan seperti Aisya mempunyai hati yang begitu rapuh tetapi dalam masa yang sama masih mampu bertahan. Terlalu cepat terluka tetapi masih tetap menyayangimu wahai lelaki bertuah, masih tidak mahu kehilanganmu sehingga sanggup mengetepikan hatinya sendiri asalkan dia tidak kehilanganmu. Hargailah wanita seperti Aisya kerana tidak ramai yang akan menyayangimu seperti golongan ini menyayangimu~~~

  • Fuhhhhh!!!! Lega!!! Berbaloikah saya mempost semua ini??hahahahaha...saja membuang masa.. ehehehehehe... ok then, till here.. Setelah begitu lama tidak mem'post' apa2, baru hari ni ada mood and masa mau post semua ni..Walaupun sebenarnya masa tu teda coz actually i'm busy with my studies..Tapi, if we just facing the books all the time, boleh jadi gila juga, kan??hehehehe.. Ok peeeppppssss, till then.. Bubbye~~ 

2 comments:

  1. follow u dear! follow me back k.jarynnideas.blogspot.com.sy kenal kau nisy pun budak mtrik labuan juga dlu,hihi

    ReplyDelete
  2. following u oready~~ eyyyyy, kurang knl ni... sapa ni arrr??

    ReplyDelete